5 Petua untuk Membantu Anda Pulih dari kerugian berterusan

07.06.2021
Blog

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali. Setiap kegagalan adalah peluang kita untuk belajar, jika itu tujuan kita. Dalam bidang melibatkan pelaburan dan keuntungan yang besar, untung rugi itu ialah perkara biasa. Ganjaran dan pulangan tidak datang dengan risiko dan pengorbanan. Walau bagaimanapun, apabila kita terus kalah, keperitan tidak akan lama. Emosi yang memerangkap jiwa kita untuk terus melabur dan pulangan yang bakal kita dapat akan mengatakan sebaliknya.

Ada cara untuk mengatasi perkara ini. Ini adalah 5 tips bagaimana kita boleh mengharungi rintangan dalam dagangan yang berterusan, yang harus dilakukan segera:

1. Berhenti

Berhenti dari dagangan. Lepaskan pegangan yang masih rugi. Ini kelihatan janggal tetapi ini adalah perkara terpenting yang perlu dibuat untuk terus kekal dalam permainan. Jauhkan diri dari gajet. Rehat dahulu beberapa jam atau hari. Ini akan memulihkan emosi dan mengubati jiwa yang terluka akibat kerugian. Malah, ini bakal menyelamatkan baki modal kita dan tidak terus menerus melakukan “over-trading”. Ini adalah langkah pencegahan dari memperbaiki masalah.

2. Lihat

Apabila minda kembali tenang, kita tidak dipengaruhi emosi. Lihat kembali sejarah dagangan – kerugian, keuntungan dan fasa semasa. Kaji semula dagangan sebelum ini dan lihat dimana silapnya. Rujuk kembali berita, sentimen pasaran dan perkara yang mempengaruhi pergerakan. Kaji keadaan pasaran semasa dan ramalan untuk minggu yang akan datang.

3. Dengar

Terima dan dengar maklum balas. Tanya kawan atau komuniti anda tentang keadaan mereka, dapatkan pertolongan. Cari seorang mentor, jika masih belum ada. Dengar berita atau lihat podcast kegemaran di YouTube. Tanya seseorang yang anda percaya, untuk mendapatkan makluman tentang keadaan anda sekarang. Ambil seberapa banyak info dari mereka, dan yang paling penting sekali dengar kata hati anda.

4. Fikir

Dengan data dan maklumat yang sudah dikumpul, fikir dan renungkan. Ini masa terbaik untuk bertanya kepada diri anda. “Adakah ini masih berguna? Adakah ia bertepatan dengan matlamat? Adakah masih efisien? Adakah ini objektif sebenarnya? Apa yang patut aku buat sekarang ni?”

Ambil masa untuk tetapkan semula emosi asal. Perkara akan lebih sukar jika kita masih belum berganjak lagi dari kerugian yang berturut-turut sebelum ini.

5. Lintas

Apabila persiapan sudah dibuat, ini adalah saat untuk mula semula– dengan lebih berhati-hati. Anda boleh mula semula berdagang, tetapi dengan kadar minima. Kurangkan frekuensi dagangan. Kurangkan risiko dan sifat agresif – walaupun ini buka gaya diri anda yang sebenar. Perkara terakhir anda dan keyakinan anda perlu harung ialah melakukan lagi kesilapan malah kerugian.

Fokus semula strategi untuk konsisten, walaupun keuntungan yang kurang. Apabila telah pulih, boleh lakukan dagangan dengan skala lebih besar. Anda boleh mula tingkatkan semula keyakinan dan frekuensi dagangan saat ini. Cuma jangan terburu-buru. Percaya pada proses.

Banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Dalam proses pembelajaran, kita selalu terperangkap dengan emosi, terutama sekali dalam bidang yang melibatkan risiko dan ganjaran yang lumayan. Semua pedagang pernah merasai kerugian dan kegagalan dalam dagangan sebelum ini. Tetapi, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk bangkit. Kita selalu diajar untuk berhenti, dengar dan berfikir tindakan apabila hendar melintas jalan, kita boleh aplikasikan juga cara ini dalam dagangan!

ULASAN CEMERLANG
USDMXN
20.33030 / 20.32870
USDHKD
7.78438 / 7.78168
USDCNH
7.29584 / 7.29566
USDCAD
1.40628 / 1.40624
GBPSGD
1.70469 / 1.70458
GBPNZD
2.15441 / 2.15424
EURZAR
19.05055 / 19.04134
EURUSD
1.05188 / 1.05185
EURTRY
36.59318 / 36.56773
EURSEK
11.57172 / 11.57029
CHFSGD
1.51874 / 1.51859
CHFPLN
4.60789 / 4.60617
CHFNOK
12.48008 / 12.46826
AUDUSD
0.64849 / 0.64846
AUDNZD
1.10239 / 1.10215
AUDJPY
96.869 / 96.859
AUDCHF
0.57433 / 0.57423
AUDCAD
0.91196 / 0.91186