Kejatuhan Deras Pasaran Kripto: Peluang Apakah untuk Pelabur dan Pedagang?

26.05.2021
Blog

Pasaran mata wang kripto sentiasa liar dan berisiko. Malah, rollercoaster dan rasa ketakutan dalam pasaran adalah salah satu sifat menariknya, dan ia telah melambung tinggi pada tahun lepas. Turun naik pasaran adalah biasa, tetapi kita tidak pernah melihat pasaran merudum seperti minggu sebelumnya. Bitcoin, mata wang kripto terbesar, telah jatuh ke paras terendah tahun ini lebih 30%. Walaupun ia telah melantun sedikit, paras tertinggi yang dialaminya pada bulan April berjurang sangat jauh dan di luar jangkaan. Mata wang kripto lain seperti Ethereum dan pemain besar terbaru Dogecoin juga telah lemas ini dalam nilai pasaran mereka.

Ada yang mengatakan bahawa dengan trend pasaran tahun ini, ini telah dijangka. Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah penurunan yang biasa, yang akan membetulkan pasaran akhirnya. Ramai yang bimbang, walau bagaimanapun, ini adalah contoh utama turun naik yang wujud mata wang kripto dan cara ia beradaptasi. Oleh itu marilah kita teroka kejatuhan pasaran ini dan melihat apa peluang di dalamnya yang berpotensi.

Apa Punca Kejatuhan?

Secara amnya, kejatuhan pasaran ini adalah disebabkan regulasi dan amaran kerajaan China terhadap matawang kripto. China mengumumkan pada 18 Mei, iaitu institusi pelaburan dan kewangan, dan syarikat dilarang untuk menawarkan servis kripto. Kenyataan ini merujuk pada bahawasanya matawang kripto tidak memegang nilai yang mutlak. Ini membuatkan institusi telah dihalang untuk menawarkan servis kepada pengguna berkaitan pendaftaran, dagangan dan pembayaran. Ini bukanlah perkara baru kerana China telah mengeluarkan kenyataan seperti ini beberapa dekad yang lalu, dan Bank Pusat kini menekankan regulasi yang lebih ketat dalam sektor ini.

Bagaimanapun, pakar berpendapat bahawa ini adalah amaran akhir, yang menyebabkan pasaran kripto terus tersembam dua tiga menjak ini. Sisi yang lainnya pula, CEO Tesla dan antara orang terpenting dalam pasaran kripto telah membuat ciapan yang mengelirukan dan mengundang kontroversi. Dalam ciapan terbaru nya, Tesla tidak akan menerima lagi Bitcoin sebagai transaksi yang sah, walaupun beliau telah membeli bitcoin bernilai bilion USD. Ciapan yang bercanggah dengan asas pendirian beliau yang tidak nyata ini menyebabkan kerisauan, memandangkan beliau adalah orang berpengaruh, yang mana ciapan nya menyebabkan Dogecoin melonjak hanya dengan ciapan ini.

Peluang Pelabur dan Pedagang

Ia ternyata minggu yang sukar kepada peminat kripto dan bitcoin. Walaupun volume pasaran semakin meningkat, namun pakar masih berpendapat ia adalah sifat pasaran yang sihat, dan pembetulan harga pasaran ini sebenarnya peluang terbaik untuk disertai dan menambah lagi pegangan pasaran kripto.

Jika dilihat dari pandangan kasar, Bitcoin masih kekal dengan lebih 500% kenaikan nilai pada tahun 2019. Ia masih dalam gerakan perlahan untuk pemulihan dari kejatuhan deras ini. Oleh itu, dari segi aspek keseluruhan pasaran masih lagi terlihat positif untuk kripto, khususnya pelabur jangka panjang. Turun naik yang deras mestilah dijangka pada setiap masa, dan pelabur melihat ini adalah peluang keemasan disaat pasaran kripto berada dibawah harga tinggi untuk menambahkan lagi pegangan.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang. CXM Direct menawarkan dagangan kripto dengan lebih 48 kelas aset untuk dilabur. Sertai nya disini: Trade cryptos with CXM Direct.

ULASAN CEMERLANG
USDMXN
20.45200 / 20.44430
USDHKD
7.78547 / 7.78265
USDCNH
7.25948 / 7.25881
USDCAD
1.39816 / 1.39802
GBPSGD
1.68958 / 1.68835
GBPNZD
2.14747 / 2.14720
EURZAR
18.90122 / 18.86329
EURUSD
1.04179 / 1.04175
EURTRY
36.11130 / 36.00750
EURSEK
11.49659 / 11.49642
CHFSGD
1.50762 / 1.50628
CHFPLN
4.65456 / 4.65104
CHFNOK
12.38808 / 12.37192
AUDUSD
0.65014 / 0.65008
AUDNZD
1.11428 / 1.11392
AUDJPY
100.648 / 100.624
AUDCHF
0.58152 / 0.58134
AUDCAD
0.90898 / 0.90884